Lokasi
Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawany pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.Kemangka masa
Tamadun Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik, iaitu antara tahun 10000 S.M. hingga 5000 S.M. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta serta di bahagian pertengahan Mesir ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Tamadun Mesir Purba ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu Zaman Awal (3100 - 2200 S.M.), Zaman Pertengahan (2040 - 1785 S.M.), Zaman Empayar (1570 - 1085 S.M.) dan Zaman Keruntuhan (1085 - 322 S.M.).Tempoh peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah lama. Selepas melalui masa kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun Mesir Purba telah mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya (1100 - 947 S.M.), Kush (730 - 670 S.M.), Assyria (663 - 609 S.M.), Parsi (525 S.M.), Yunani (332 - 30 S.M.), dan akhirnya Rom pada tahun 30 S.M.
Proses Pembentukan
Manusia mula mendiami Lembah Nil telah pun mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M. Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian. Daya cipta ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah. Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.Petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampung-kampung ini telah mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Kesemua nome ini kemudian telah disatukan dengan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran. Contohnya bandar Thinis, Memphis dan Thebes.
No comments:
Post a Comment