Sunday, 29 July 2012

☆Jawaban☆




1. -Bandar Thinis
    -Bandar Memphis
    -Bandar Thebes
    -Bandar Heliopolis
    -Bandar Fayoum
    -Bandar Abydos


2.Peranan firaun dalam bidang pemerintahan:-
    -Sifat ketuhanan merupakan sumber autoriti mutlak Firaun dalam bidang pemerintahan Mesir.
    -bertindak sebagai ketua pendeta
    -mempunyai tanggungjawab memelihara Maat, iaitu peraturan, kebenaran ataupun keadilan.
-mempunyai Maat dapat memulihkan keadaan anarki dan mewujudkan keamanan dalam negara serta  meningkatkan kesuburan dan pengeluaran hasil pertanian.
    -bertindak sebagai ketua panglima tentera.
    -merupakan ketua bagi Legislatif, Eksekutif, dan kehakiman
    -Firaun memberi mandat kepada pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri daripada anggota kerabat diraja untuk menjalankan tugas dalam bidang sekular dan keagamaan.
    -Firaun melantik wazir sebagai ketua eksekutif negara dan menerima laporan daripada wazir mengenai perkembangan dalam negara setiap hari.
    -Menguasai sumber dan aktiviti ekonomi seperti cukai, kawalan air dan perkapalan.
    -Firaun bertindak sebagai pembina empayar meliputi kawasan Nubia ( Sudan ), Palestine, Syria dan Phoenicia.

   Peranan firaun dalam bidang agama:-
    -sebagai ketua agama

3.Fungsi tulisan hieroglif:-
    -mencatatkan rekod aktiviti pertanian
    -pengutipan cukai
                  -keagamaan dan amalan ritual kepercayaan

4.Pencapaian tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan:-
   -Proses memumiakan mayat berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba


Disediakan oleh murid SMJK Perempuan China Pulau Pinang daripada class S4H:-
-Ooi Xin Yi ( 21 )
-Saw Li Ying (25 )
-Pang Joe Ling ( 23 )
-Vanessa Kok ( 32 )



Latihan

1.Senaraikan nama bandar yang menjadi pusat pentadbiran penting dalam kerajaan Mesir Purba.


2.Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama.


3.Terangkan fungsi tulisan hieroglif.


4.Jelaskan pencapaian tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan.


Sudut Maklumat 

  1. Firaun

Firaun ( فرعون ) atau Pharaoh (פַּרְעֹה Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam.Firaun' merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang panggilan raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa bermaksud 'Rumah Besar', digunakan ketika Kerajaan Lama sebagai sebahagian dari frasa seperti 'smr pr-Aa' bermaksud 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana itu sendiri.(Maklumat daripada wikipedia )

Firaun
Ketua kerajaan Mesir Purba dipanggil firaun.Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani,iaitu pharaoh yang bererti rumah yang agung bermakna pihak ataupun kuasa yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta.Rumah yang agung ini merujuk kepada istana dan raja yang memerintah,iaitu firaun.

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

2.  Politeisme

Politeisme ialah kepercayaan kepada banyak Tuhan.

3.  Penemuan Makam Tutankhamun II

Howard Carter
Pada tahun 1922 seluruh dunia telah gempar apabila sebuah makam diraja yang amat masyhur,iaitu Makam Tutankhamun II ditemui oleh pengkaji Mesir Purba,Howard Carter.
Makam Firaun Tutankhamun 
Penemuan ini berlaku setelah 30 tahun usaha menggali cari di lembah yang dikenali sebagai Lembah Raja di Thebes dijalankan.Mayat emas yang beratnya lebih kurang 11 kilogram.Turut ditemui ialah koleksi artifak Mesir Purba yang mengagumkan.


 4.  Jasa Imhotep

Patung Imhotep di Louvre





Jasa Imhotep yang paling besar ialah pembinaan piramid Sakkara.Piramid Sakkara ini merupakan piramid yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia.Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser,iaitu firaun kedua pada dinasti ketiga.
Piramid Sakkara

















5.   Hieroglif


Hieroglif ialah tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar.Tulisan ini berkembang ke tulisan hieratik,tulisan berangkai.Pada tahun 700 S.M.,tulisan hieratik ini berkembang ke tulisan demotik.

Hieroglif yang biasa ditulis ketika zaman Yunani-Rom



Tulisan Hieratik























































Replika tulisan Demotik pada Batu Rosetta














6.  Dokumen Perubatan Mesir Purba


Buku serta catatan tentang perubatan ini telah ditemui di dalam makam Firaun Khufu dan catatan tentang perubatan yang tertua yang telah ditemui adalah pada tahun 1600 S.M. yang telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja sejak zaman berzaman. 















Maklumat Tambahan Mesir Purba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata, keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya sekitar 3200 SM hingga 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander Agung. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas empayar hidrolik.

Geografi

Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.

Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Pernyataan dan Syarat Khusus) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata "Negara Hitam)".

Sejarah

Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. Sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

Sepanjang Sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat. Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada alaf ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir).

Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.
Senarai firaun -- Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga sekitar 30 SM.
  • Dinasti (lihat juga: Daftar dinasti Mesir):
  • Tempoh Dinasti Awal Mesir (Dinasti 1 - ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM)
  • Kerajaan Lama (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22 SM)
  • Tempoh Perantaraan Pertama (abad ke-7 - ke-11 SM)
  • Kerajaan Pertengahan Mesir (Dinasti ke-11 - ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM)
  • Tempoh Perantaraan Kedua (Dinasti ke-14 - ke-17)
  • Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16)
  • Kerajaan Baru Mesir (Dinasti ke-18 - ke-20; abad ke-16 - ke-11 SM)
  • Tempoh Perantaraan Ketiga (Dinasti ke-21 - ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM)
  • Tempoh Akhir Mesir Silam (Dinasti ke-26 - ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)
  • Dinasti Akhaemenid
  • Mesir Yunani-Rom (Graeko-Roman) (332 SM - 639)
  • Dinasti Ptolemaik
  • Empayar Rom

Kerajaan


Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper and Lower Egypt). Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan panglima besar bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa.


Bahasa

Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 SM. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:
  • Mesir Silam (sebelum 2600 SM)
  • Mesir Lama (2600–2000 SM)
  • Mesir Tengah (2000–1300 SM)
  • Mesir Akhir (1300–700 SM)
  • Mesir Demotik (abad ke-7 SM–abad ke-4)
  • Bahasa Koptik (abad ke-3–abad ke-12)

Penulisan

Pengkaji Mesir Purba merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji Mesopotamia menjadi sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya silabik, sebahagiannya ideografik.

Hieratik adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, iaitu, "asal" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Yunani Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Koptik kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keagamaan oleh minoriti Kristian.

Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglifik).

Abjad terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari silabus hieroglif.


Tulisan
  • kk. 1999 SM - Papyrus Westcar
  • kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
  • kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
  • kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
  • kk. 1000 SM Cerita Wenamun


Kebudayaan

Asas tamadun maju Mesir

Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan.

Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil.

Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam; menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.


Permulaan Zaman Kuno

Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahan-lahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.

Kerajaan Lama

Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi.

Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.

Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman Perantaraan Pertama

Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:-
  • Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid.
  • Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman.
  • Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.
Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan Pertama. Keadaan huru-hara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Pertengahan

Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti kesebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti kedua belas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti keduabelas dianggap sebagai Mesir klasik atau zaman kegemilangan.

Zaman Perantaraan Kedua

Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM. Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat. Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.



Kerajaan Baru


Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini, Ahmose merupakan pengasas Dinasti kelapan belas, selepas itu menubuhkan rejim yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan.

Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan iaitu Dinasti kelapan belas, kesembilan belas, dan kedua puluh. Dengan kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun untuk dihapuskan begitu sahaja.

Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal bebas.

Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak. Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh firaun.

Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan menentukan pengistiharan firaun.


Kejatuhan politik Mesir Purba


Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad kelapan SM, dinasti gasar Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM, Mesir dijajah oleh Assyria, tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.




Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba

Apabila Firaun Menes ( 3200 S.M. )berjaya menyatukan kesemua nome ini menjadi sebuah kerajaan, beliau telah mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis yang terletak di bahagian tengah Sungai Nil.Selepas itu,pusat pentadbiran telah berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil.Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini telah berpindah ke bandar Thebes.Selain itu,terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Heliopolis,Fayoum dan Abydos.Kehidupan di bandar merupakan salah satu ciri yang sangat penting dalam tamadun Mesir kerana di sinilah tempat kediaman firaun,pusat pemerintahan dan pentadbiran,dan juga pelabuhan penting bagi tamadun ini.Selain itu,bandar juga merupakan pusat keagamaan dan pusat tumpuan penduduk.
     Kehidupan berorganisasi dalam masyarakat Mesir Purba diketuai oleh firaun yang merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci.Jawatan firaun (raja Mesir) diwarisi secara turun-temurun.Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.Tetapi semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari kerana dipercayai bahawa firaun ialah anak Tuhan Matahari,iaitu Amon-Re.Firaun juga merupakan ketua pendeta,pemilik tanah,ketua hakim, dan ketua pahlawan.Selepas firaun ialah golongan bangsawan,rahib,tuan tanah serta jurutulis. Ini diikuti dengan golongan rakyat bebas yang terdiri daripada petani, pedagang dan artisan.Lapisan yang terkebawah ialah hamba.

     Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja,iaitu firaun.Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan,mengurus,dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara.Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai,penasihat,dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki.Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan.Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.
     Tamadun Mesir Purba juga telah mengikhtirafkan wanita sebagai pemimpin.Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun Hatsheput (1501-1479 S.M.).Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain.Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki status yang tinggi.Kerajaan Mesir Purba juga merupakan kerajaan berbentuk empayar yang meliputi sebuah kawasan yang luas termasuklah wilayah di Nubia di selatan Mesir hingga ke utara serta barat dan juga wilayah di sebelah Asia,iaitu wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria.
     Perkembangan aktiviti ekonomi turut mempengaruhi perkembangan tamadun awal Mesir Purba.Dengan wujudnya pengkhususan kerja seperti penenunan dan pembuatan barang tembikar dan juga peralatan,Mesir Purba telah berkembang maju.Eksport utama Mesir Purba ialah teksil dan kertas.Antara aktiviti ekonomi lain yang dijalankan termasuklah perlombongan emas di kawasan Nubia.Pengangkutan di air memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba.Sungai Nil yang lebar dan dalam telah membolehkan kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes,Memphis,Fayoum dan Heliopolis.Sistem pemerintahan yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
      Orang Mesir Puba percaya kepada konsep politeisme.Setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re ( Tuhan Matahari ),Ra-Atum ( Tuhan Langit ) dan Amun ( Tuhan Angin ).Orang Mesir Purba juga percaya kepada kehidupan selepas mati.Oleh itu,mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.Makam mayat juga mesti dipenuhi dengan peralatan serta keperluan kehidupan selepas mati.Mayat tersebut diiringi barangan serta kelengkapan harian yang akan ditanam bersama-sama dengannya.Solekan mayat,alat kebesaran,dan jumlah barang yang dikebumikan di dalam makam menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
     Tamadun Mesir Purba juga telah mempunyai sistem tulisan yang dikenali sebagai hieroglif.Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.Sistem tulisan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun Mesir Purba terutamanya untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan juga pengutipan cukai.Tulisan juga memainkan peranan penting dalam tamadun Mesir Purba untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Lokasi 

Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. Di tebing sungai inilah lahirnya tamadun Mesir Purba. Sungai Nil ini berpunca daripada dua anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda. Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta berpadang pasir telah berjaya menukarkan bentuk muka bumi Mesir kepada sebuah tanah dataran yang subur. Tanah lanar yang dibawany pula berjaya membentuk sebuah delta yang subur untuk pertanian dan petempatan manusia.

Kemangka masa

Tamadun Mesir Purba berkembang daripada petempatan awal pada Zaman Neolitik, iaitu antara tahun 10000 S.M. hingga 5000 S.M. Pada sekitar tahun 3500 S.M., wilayah di persekitaran delta serta di bahagian pertengahan Mesir ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal. Tamadun Mesir Purba ini dapat dibahagikan kepada empat, iaitu Zaman Awal (3100 - 2200 S.M.), Zaman Pertengahan (2040 - 1785 S.M.), Zaman Empayar (1570 - 1085 S.M.) dan Zaman Keruntuhan (1085 - 322 S.M.).

Tempoh peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan penubuhan kerajaan baru adalah lama. Selepas melalui masa kegemilangannya pada Zaman Empayar, tamadun Mesir Purba telah mengalami zaman kejatuhannya apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya (1100 - 947 S.M.), Kush (730 - 670 S.M.), Assyria (663 - 609 S.M.), Parsi (525 S.M.), Yunani (332 - 30 S.M.), dan akhirnya Rom pada tahun 30 S.M.

Proses Pembentukan

Manusia mula mendiami Lembah Nil telah pun mencapai tahap-tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M. Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian. Daya cipta ini membolehkan manusia yang mendiami lembah ini membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meninggikan lagi nilai kesuburan tanah. Ini dilakukan untuk mendirikan petempatan tetap yang berteraskan pertanian.

Petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil ini berkembang menjadi perkampungan. Gabungan kampung-kampung ini telah mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah. Kesemua nome ini kemudian telah disatukan dengan salah sebuah bandarnya menjadi pusat pentadbiran. Contohnya bandar Thinis, Memphis dan Thebes.